"Dr Q, berus gigi mana yang paling bagus?"

                                             
                                                                                sumber gambar: google


Ok, sebenarnya soalan ini macam subjektif sangat. Dr Q pasti banyak semua jenama berus gigi ingin mengeluarkan berus gigi yang terbaik untuk pengguna.



Hari ini Dr Q nak kongsi tips untuk memilih berus gigi yang terbaik.

1) pastikan pilih berus yang lembut dan halus 'bristle'nya. Sekarang banyak syarikat-syarikat pengeluar berus gigi keluarkan berus gigi yang kalau boleh memang halus sangat bristle nya sehingga kurang dari 0.01 mm diameter. Sebab kenapa digalakkan menggunakan berus gigi yang halus adalah kerana ia tidak menghakis gigi, boleh masuk ke celah-celah antara 2 gigi dengan lebih dalam dan ia tidak akan mencederakan gusi.



2) pilih saiz berus gigi yang sesuai dengan saiz mulut kita. Jika mulut kita kecil, boleh gunakan saiz berus gigi yang kecil. Jika guna berus gigi yang besar untuk yang bermulut kecil, kesan berus gigi adalah sangat tidak efektif kerana terdapat kawasan-kawasan yang tidak dapat dibersihkan. Tambahan lagi berus gigi yang paling bagus ialah yang runcing kepalanya. Ini pon sama juga sebabnya, supaya berus gigi dapat memberus di kawasan-kawasan yang bersaiz kecil seperti di kawasan gigi paling belakang sekali.



Jadi senangkan nak pilih berus gigi. Pemilihan jenama bergantung pada kesukaan masing-masing asalkan menepati 2 tips yang Dr Q bagi ni.



Dr Q guna jenama colgate ultrasoft. Anda guna jenama apa?


            Dr Q
~doktor gigi anda~
Boleh SHARE ilmu ni untuk manfaat bersama.

Comments

Popular posts from this blog

DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.

DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?