DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH
Siapa yang pernah mengalami masalah seperti di atas? Lepas tu pergi cek di klinik dan Dr akan bagitahu perlu buat rawatan akar.
.
Gusi bengkak (sinus tract/fistula) macam biji yang boleh berlaku di bahagian gusi yang boleh kelihatan dalam warna merah/kuning dan bila dipicit nanah akan keluar dan ini adalah tanda saluran akar gigi telah dijangkiti.
.
Selalunya terjadi pada:-
1) gigi yang berlubang
2) gigi yang mempunyai tampalan yang besar yang telah retak atau mengalami kebocoran (leakage)
3) gigi yang retak.
2) gigi yang mempunyai tampalan yang besar yang telah retak atau mengalami kebocoran (leakage)
3) gigi yang retak.
.
Jadi, jika gigi masih boleh ditampal, disarankan untuk lakukan rawatan saluran akar. Tapi jika bengkak terlalu besar, mungkin perlu di belah sedikit untuk dikeluarkan nanah seperti video terakhir di bawah (yang nak makan jangan tekan play. Nanti tak lalu nak makan pula. Hihi)
.
(kalau malas nak baca analogi ni, boleh tengok video yang pertama)
.
Analogi mudah macam mana sinus tract ni boleh berlaku ialah sebagai contoh gigi berlubang besar hingga mendedahkan saluran akar. Bakteria akan masuk ke saluran akar dan menjangkiti keseluruhan bahagian saluran akar hingga ke hujung akar. Kemudian nanah akan terkumpul di bahagian hujung akar dan nanah tu akan mencari jalan untuk keluar sebab dah tak mampu nak menampung kuantiti yang banyak. Maka terjadilah saluran untuk nanah itu tadi hingga ke gusi dan masa ni lah gusi kelihatan bengkak. Saluran nanah itulah yang dinamakan sinus tract.
.
Kadang-kadang pesakit boleh berasa sakit dan kadang-kadang tak rasa sakit. Kes sinus tract ni selalu berlaku pada kanak-kanak yang gigi susunya rosak.
.
Jadi, siapa yang pernah mengalami sinus tract ni??? Angkat tangan sikit.
.
Dr Q
~doktor gigi anda~
~doktor gigi anda~
.
JOM KLIK SHARE untuk sebarkan ilmu ni.
Sumber gambar dari google
Sumber video dari Dental Buzz
Sumber video dari Dental Buzz
Saya nak tanya, sy ada buat tampalan dan lubang gigi sye agak dalam,lepas tu menderita and dh hilang sakit for mny weeks then kt bawah gusi kt bhg tampalan ni naik benjolan tu, jdi krbgkalian besar tu adalah sinus tract ke
ReplyDeleteHye. Gigi awk dah okay ka sekarang? Awak buat rawatan akar ke? Sy mengalami benda yg sama macam awk sekarang.
Delete