DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.



.
Selalunya bila pesakit datang ke klinik dengan keluhan seperti di atas, Dr gigi sudah ada idea tentang apa yang pesakit alami. Banyak juga Dr Q jumpa pesakit seperti di atas.
.
Jadi, apa masalah gigi pesakit tu?
.
Selalunya adalah masalah berkaitan GIGI BONGSU / WISDOM TOOTH / THIRD MOLAR.
.
Sebab Dr Q buat pembedahan kecil gigi bongsu semalam dengan senior Dr Q, jadi terasa macam nak kongsi pasal gigi bongsu ni.
.
OK, siapa pernah mengalami masalah gigi bongsu ni? Angkat tangan sikit.
.
Dr Q pun pernah mengalami masalah gigi bongsu sebab gigi bongsu sebelah bawah kiri dan kanan Dr Q tumbuh baring dan akarnya pun dekat dengan saluran saraf di dalam rahang. Tapi Dr Q tak buang. Dr Q buat cara lain. Haha. Nak tahu cara apa? Baca sampai habis ye.
.
Ni Dr Q nak kongsi kenapa kalau gigi bongsu tumbuh je selalu sakit. Normal untuk kita berasa sakit apabila pertama kali gigi bongsu tu nak tumbuh dalam mulut kita. Kawasan gusi sekeliling gigi tu pun bengkak sampai sukar untuk kita mahu kunyah makanan. Kadang-kadang sakitnya tu boleh sampai ke kepala. Lepas tu susah pula nak buka mulut besar. Seksa kan? Dr Q pun paham rasa tu sebab Dr Q pun pernah mengalaminya.
.
Selalunya bila susah untuk buka mulut, adalah amat sukar untuk kita bersihkan kawasan sekitar gigi bongsu tu. Akibatnya, sisa makanan yang tersangkut menyebabkan gusi sekitar gigi bongsu tu bertambah bengkak dan boleh bernanah. Situasi ini dinamakan sebagai "pericoronitis". (Rujuk video)


Selalunya Dr Gigi akan berikan antibiotik dan ubat tahan sakit untuk surutkan bengkak tu dan mengawal kesakitan.
.
Lagi satu, penyiasatan penting yang dilakukan ialah mengambil xray besar (xray yang nampak semua gigi). Xray ini adalah untuk melihat posisi gigi bongsu ini. Dan jika terbenam, sejauh mana gigi ini terbenam. Jika gigi bongsu ini tumbuh secara tidak normal, kita panggil sebagai gigi bongsu terimpak (impacted 3rd molar). Selain itu, xray ini juga untuk melihat sejauh mana jarak gigi bongsu dengan saluran saraf di dalam rahang. (Rujuk gambar dibawah)


.
Tahukah anda, gigi bongsu yang terimpak (tumbuh tak betul) ni ada 3 jenis.
1) secara menegak 



2) senget sikit ke gigi sebelahnya 




3) terus baring ke gigi sebelahnya. 



selalunya gigi yang tumbuh tak betul ni sebab rahang kita sudah tak muat untuk untuk menempatkan gigi bongsu ni oleh sebab gigi bongsu ni adalah gigi yang terakhir sekali tumbuh dalam mulut sekitar umur awal 20 an. Sebab tu dipanggil gigi bongsu sebab yang terakhir sekali keluar.
Sebenarnya ada banyak lagi posisi gigi bongsu ni. Tapi 3 yang Dr Q nyatakan ni ialah yang selalu berlaku.
.
Jadi, perlukah gigi bongsu ni dibuang?
.
Dinasihatkan untuk buang jika pernah sakit BEBERAPA kali. Tapi jika tidak pernah sakit, akan dinasihatkan untuk sentiasa jaga kebersihan di kawasan sekitar gigi bongsu tu. Lagi satu, gigi bongsu disarankan untuk buang jika gigi bongsu itu sudah rosak/berlubang dan tidak boleh ditampal dan berisiko untuk atau sudah menyebabkan gigi bersebelahannya rosak.
.
Masa Dr Q posting di hospital dulu di jabatan bedah mulut Hospital Sultan Ismail, pakar bedah mulut ada bagitahu Dr Q, setiap pembedahan ni ada risiko dan komplikasinya. Kalau gigi tu tak pernah sakit dan tak mendatangkan masalah, kenapa nak buat pembedahan untuk keluarkan gigi tu dan menambah risiko dan komplikasi ke atas gigi tu.
.
Jadi, jika pernah sakit beberapa kali atau ada tanda kerosakan pada gigi bongsu dan gigi sebelahnya, baru di sarankan untuk buang. Ok, paham tak untuk setakat ni? Kalau paham, bagus! Teruskan membaca.
.
Ini pilihan lain untuk mereka yang tidak lagi berani untuk melakukan pembedahan kecil gigi bongsu dan kawasan sekitar gusi selalu bengkak, boleh cabut gigi bongsu bahagian atas supaya gigi atas tu tidak menggigit kawasan bengkak tu. Jadi lebih selesa. Ini yang Dr Q buat. Alhamdulillah, lepas cabut gigi bongsu atas dan jaga kebersihan kawasan sekitar gigi bongsu bawah tu, Dr Q tak pernah rasa sakit lagi. Dan bengkak pun tak berlaku lagi. (Gambar kelima dan keenam ialah gigi bongsu Dr Q sebelah atas dua-dua belah yang dicabut oleh kawan Dr Q sewaktu belajar dulu di Universiti Malaya. Melentik tak akar dia?)
.
Oleh sebab selalunya gigi bongsu ini tidak tumbuh sepenuhnya, pembedahan kecil diperlukan untuk keluarkan gigi bongsu ni. Seperti yang Dr Q tulis di atas, setiap pembedahan walaupun pembedahan kecil ada risiko dan komplikasinya. Ini adalah risiko dan komplikasi pembedahan kecil gigi bongsu.

1) sakit. Semasa pembedahan di lakukan, anda mungkin akan berasa sakit. Tapi jangan risau, jika anda rasa sakit, bagitahu pada Dr gigi. Dr gigi akan tambahkan dos ubat bius. Jangan pula anda senyap je mananggung sakit. Jangan acah-acah kuat ye. Merana diri nanti. Selepas pembedahan dan ubat bius sudah habis kesan, anda akan berasa sakit. Tapi jangan risau, cepat-cepat makan ubat tahan sakit.
.

2) bengkak. Anda akan merasa kawasan tempat pembedahan membengkak. Ini adalah normal dan bengkak akan surut dalam 3-7 hari bergantung bagaimana sistem badan kita berfungsi untuk pulih selepas pembedahan.
.

3) jangkitan. Kawasan pembedahan jika tidak dijaga dengan elok berisiko mengalami jangkitan. Dan jika serius akan dirujuk kepada pakar bedah mulut. Sebab tu kawasan pembedahan tu perlu dijaga dan dibersihkan dengan betul. Dan jangan lupa, selepas selesai pembedahan, Dr gigi akan bagi arahan bagaimana nak jaga kawasan pembedahan. Pastikan dengar dengan teliti dan pahamkan apa yang perlu dilakukan dan apa yang dicegah dari melakukan sesuatu tindakan.
.

4) kecederaan pada gigi bersebelahan. Gigi bersebelahan boleh bergoyang dan yang paling teruk ialah tercabut sekali. Ini berdasarkan tahap keseriusan sesuatu kes gigi bongsu itu. Tapi jika tercabut, jangan risau, boleh tanam semula. Boleh rujuk post Dr Q sebelum ni mengenai gigi yang tercabut disebabkan trauma.
.

5) kecederaan pada saraf di saluran saraf yang berada di dalam rahang. Risiko ini boleh berlaku kerana jarak antara gigi bongsu dengan saluran saraf adalah dekat tapi bergantung pada kes. Setiap kes lain-lain jaraknya. Ada yang dekat, ada yang jauh. Dan jika kecederaan saraf berlaku, anda akan berasa kebas di kawasan muka sekitar rahang bawah dan separuh bibir. Kebas boleh sementara atau selama lamanya. Bergantung kes. Jika mengalami kebas selepas pembedahan selepas beberapa ketika, maknanya kawasan pembedahan dan sembuh, tapi masih berasa kebas lagi. Untuk kes yang macam ini, kes akan dirujuk ke pakar untuk ditangani dengan lebih lanjut.
.
Jadi, ini adalah antara 5 risiko dan komplikasi pembedahan kecil gigi bongsu. Jadi, "make sense" tak kenapa Dr gigi hanya sarankan untuk buang gigi bongsu, bila sudah sakit beberapa kali sahaja. Ye lah, gigi tu elok tak sakit sekali nak buang. Nak buang tu ada risiko dan komplikasi yang mungkin terjadi. Jadi, bukan semua gigi bongsu kena buang ye.
.
Video kedua, ketiga dan keempat adalah prosedur pembedahan kecil gigi bongsu. Selamat menonton. Enjoy guys.




.
DR Q, NAK BUANG GIGI BONGSU NI YANG BAGI UBAT PENGSAN TU BOLEH TAK?
.
Owh, sudah tentu boleh. Pembedahan ini akan dibuat di dalam dewan pembedahan dengan ubat bius penuh. Pakar bius akan memberi ubat bius supaya kita pengsan. Sedar-sedar sahaja, pembedahan dan selesai. Tapi bertambahlah risiko dan komplikasi pembedahan sebab di buat di bawah ubat bius penuh. Jadi, pilihan di tangan anda.
.
Anda berjaya baca sampai habis? SYABAS Dr Q ucapkan.
.
             Dr Q
~doktor gigi anda~
.
Sumber video pertama daripada The Tooth Clinic
Gambar dari google dan hak milik Dr Q
Sumber video kedua daripada Medical Videos
Sumber video ketiga daripada GlobalDentalPro - Your oral health educator
Sumber video keempat daripada paul coceancig
JOM SHARE pasal gigi bongsu ni untuk sebarkan info ni ke seluruh rakyat Malaysia.

Comments

  1. Salam Dr Q. Saya nak tanya, ada kah normal selepas cabut gigi bongsu, akan terasa sakit kat bahagian bawah lidah dan kesukaran untuk menelan makanan walaupun makanan tu liquid food?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

      Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

      Delete
  2. Salam doktor..baru2 ni gigi bongsu saya dicabut kerana kedudukannya kedepan dan buat saya merasa sakit.selepas cabut..Alhamdulillah...rasa kurang sikit sakitnya..tapi ada tumbuh biji kelenjar dipipi..adakah ia bahaya untuk saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sma la mcm ada tumbuh gak biji kelenjar kat pipi..

      Delete
  3. Assalam dr. Sy nak tanya, sy dah 4 minggu operation buang gigi bongsu. Tapi, sakit masih lagi terasa selepas makan. Bgaimana nak elak makanan masuk di bahagaian terbuka tu? Sebelum ni kumur tp jdi try soket pulak.doktor cucuk bagi berdarah semula.buntu..dah berpapan pain killer makan.😭😭

    ReplyDelete
  4. Aslm dr. Saya bru umur 17 tpi gigi bongsu yg atas dh tumbuh sikit...Tpi x sakit pun... Ni normal ke x? Ataupun... Awal lagi utk rasa sakit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak sakit mksudnya muat lah tu ruang kat rahang awak

      Delete
  5. Hello dr..
    Gigi geraham bongsu saya berlubang dan teramat lah sakit.. Tapi kos nya terlalu mahal..smpai kan 1ribu lebih..
    Saya bukan tiada duit..cuma saya berasa takut untuk cabut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak g yg kerajaan punya ?

      Delete
    2. Rm1000? Biar betul.. Kerajaan rm2 jerr😂😂😂

      Delete
    3. Saya pun 1k juga ...
      Sebab saya bukan warga Malaysia 😭😭😭
      Sampai skrg xbuat sbb mahal sangat 😭😭😭
      Tahan sakit setiap hari

      Delete
  6. Salam Doktor. 5 hari lepas saya sudah mencabut gigi bongsu. Gusi saya telah dijahit. Suami saya rekod gigi saya ada lubang berwarna putih. Putih itu bukanlah nanah. Adakah putig itu tulang rahang saya? Hari ke 5 ini sakit berdenyut-denyut sangat doktor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akar gigi dah nampak . Tu yang buat sakit sangat

      Delete
    2. Say pom hari kelima sakit sgt terpksa mkn ubat tahan sakit..intai cermin ingtkn nanah nmpk putih..esok g swasta suruh doc tgk dia kata sel baru bukan nanah..arini saya dah cabut benang tapi gusi x baik lagi..masih merah..doktor bagi ubat sapu utk gusi plk

      Delete
    3. Salam doktor, . Kan doktor cabut gigi atas ja. Gigi bawah tu sekarang masih ada???

      Delete
  7. Dr.Q gigi geraham bongsu sy blah bawah dh lama berlubang, tp sy takot nk jmp doc. Hehe. Lpstu hrtu gigi tu sakit sgt, rasenye sampai bengkak. Sy gagahkan diri pegi jmp dentist. Tp doc tu ckp kalau nk cabut kene operate tp die ckp gigi tu still boleh tampal. So sy proceed dgn tampal. Hrni hari ke-2 sy tampal gigi tp sy rase gusi area gigi geraham tu bengkak, susah nk bukak mulut, susah nak mengunyah, seksa nye tuhan je tahun. Sy try tgk dkt area gusi hujung tu mcm ade putih2. Adekah itu nanah? Apa yg sy perlu buat? Pegi klinik dptkn antibiotik & pain killer ke?

    ReplyDelete
  8. Salam dr.q, saya baru selesai buat MOS. Dr tidak ambil gambar xray dan terus buat MOS. Adakah X-ray itu perlu dilakukan sebelum MOS?
    Semasa dr sedang melakukan pembedahan, dr dapati terdapat ketumbuhan(cyst) pada kawasan gigi geraham bongsu tersebut. Adakah cyst boleh nampak sekiranya xray dilakukan terlebih dahulu?
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  9. Salam dr. Gigi bongsu sy tumbuh tapi goyang, sikit lagi nak cabut..tapi sy takut nak pegi cabut..seperti tumbuh tak lekat pada isi

    ReplyDelete
  10. Normal kah..uigi bongsu naik bhgian atas..n sy dpt rasakan gigi bongsu sy dh reput.sy cuba rsa guna jari Berlubang.tkut nk p klinik.tkut kena operate dlm keadaan sedar

    ReplyDelete
  11. gigi bongsu saya belah bawah kiri tumbuh.x sakit cuma rasa x selesa,menganggu.perlu cabut ke?

    ReplyDelete
  12. Sekarang rasa lg tak kebas kat ludah sbb sy pon jd benda yg sama. 😭

    ReplyDelete

  13. Sekarang rasa lg tak kebas kat lidah sbb sy pon jd benda yg sama. 😭

    ReplyDelete
  14. Hi Doctor �� sy nak tanya kalau gigi bongsu tu tumbuh mscam atas gusi then keluar sikit jer jadi tidak selesa dal mulut dan sakit akibat bergesel dengan kulit.. patut cabut atau tak? gigi sy atas belah kiri macamtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hallo dr, saya mau tanyak gigi geraham saya berlubang dan gusi bengkak sangat sakit sekali , saya penderita kelenjar hipertiroid apa boleh untuk cabut gigi geraham ? Apa akan ada efek samping nya ? Dan lebih baik bius total atau bagaimana ?

      Delete
  15. Heelloo hi doctr , saya mngalami sakit gigi apabila mngunyah , dah gigi bongsu blkng sekali sakit sgt , mcm dah termasok kt dlm , mcm mna ni ye

    ReplyDelete
  16. Sakit yg amat sakit yg berulang ap patut saya buat adakah kena cabut boleh doc sugest ap yg bagus sbb sya tak pernah masuk hospital gigi untuk cabut dari kecik lagi so saya fobia bila tengok video sebegitu😩

    ReplyDelete
  17. Salam dr.. gigi bongsu belah bawah tumbuh.. sakit dan tak selesa.. kadang2 sakit kadang tak.. apa perlu saya buat.. saya takut nak cabut bila dengar ada komplikasi lain 😭😭😭😭

    ReplyDelete
  18. Assalam Dr..saya dah buang gigi bongsu saya minggu lps..skrg dah dalam 5 hari..kenapa saya masih rase sakit lagi dibahagian belakang dan rasa2 sengal di gigi lain walau bengkak dah surut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doctt gg bongsu bru tumbuh dh 4hri mnggung kskitan adkah sy perlu cabut mkn ubat xjaln smua..telinga jadi pekak 1 urat kpla bdenyut nk telan air liur,meludah teramatlh sakit bersin apatah lagi kumur2 garam pun biasa2jd ape sy harus buat...mata sy merah bckp pun pyhh...bgkak sgt besar pp dh pau....😭😭help me doct

      Delete
  19. Gigi sy Sakit GA.. Ada Gigi bongsu... Gusi sy bengkak... Sakit tu lama kah... Sbb ni Dah hampir seminggu Dah... Sakit sngt.. Tapi husband ada Bagi ubat tahan Sakit... Masih Sakit...

    ReplyDelete
  20. Nk tanya.. Gigi bongsu tumbuh menghadap ke arah dinding pipi saya menyebabkan pipi saya dan rahang menjadi sakit.. Dan menyukarkan saya untuk buka mulut.. Ada suggestions tak, macam mana.. Nak kena cabut ke?? Tapi gigi dan gusi saya tak terasa sakit..

    ReplyDelete
  21. Hi dr. Sy nak tnye gigi bongsu sy tumbuh dan gusi makin bengkak . Saya terasa sgt skit . Husband sudah bli ubat skit gigi . Skejap je tak sakit . Lepastu skit blik . Adakah patot sy membuang gigi bongsu tu ?

    ReplyDelete
  22. Td g scalling gigi. B4 start doctor cek la dlu kot kot ada lubang ke apa kan. Then die ckp ok.. xde papa. Tp kan actualy b4 that die ada taya ada sakit gigi ke? Ak ckp x.. actually 2-3 arini gigi geraham 2-3 dr bongsu atas ak sakit. Xsure knp.. brlubang ka? Klo lubang mesti doktor tu bgtaw kan masa cek.. sb apa erk sakit klo xlubang..

    ReplyDelete
  23. Dr. Gigi bongsu sy sebelum ni kena tampal. Lepas 3 thn, tampalan tu tercabut & gigi sy hancur. Sy begitu takut sekali utk cabut sebab terfikir mcm nk cabut kalau gigi sy hancur. Cuma tinggal tunjangnya saja.

    ReplyDelete
  24. Masalah gigi bongsu saya, bkn masalah sakit gusi.gusi tk sakit tapi ygjd masalahnya, gigi bongsu sy gigi taring.beelagar dengan gigi saya, pipi dalam mulut sy jd sakit.tp posisi gigi sy cantik cuma sakit bahagian pipi sy dan belakang mulut(bukan gusi) sb terkena gigi yg tajam tu

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Dr.Q..
    Gigi bongsu saya tumbuh xhbis. Dpn da naik tp blkng msih dlm gusi. Skrg gigi geraham bongsu sy dah rosak. 2hari lepas(30/3/20) gusi sy bngkak dan sakit. Ya allah... Sakit yg amat sgt. Sy mkn ubt serrapeptidase 5mg start semalam(31/3/20) 3x sehari. Dan hari ni(01/4/20) sakit dah xde cuma bngkak gusi. Mcm mna sy nk buat? Bengkak gusi buat sy jd tidk selesa dan pipi nmpk bngkak di luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu mcm saya sis, takutnya saya..😢😢 esok kena operation tak jadi la takut 😭

      Delete
    2. Saya pun jadi mcmni. Sebelum ni sakit bila guna ubat kumur dia hilang. Tp kali ni ubat apa pun tak jalan. Adakah gigi saya rosak jugak😭

      Delete
  26. Gigi bungsu Saya berlubang dah nak masuk setahun. Pi check Dr ckp kena buat pembedahan kecil. Saya mmg takleh terima sbb fobia. Lubang besar. APA patut Saya buat? Saya dah baca segala komplikasi yg akan berlaku. Kalau tk dicabut takut jugak boleh bawa maut. Kadang2 Saya ambil painkiller kalau Rasa sakit sgt. Tolong bagi cdgn APA patut Saya buat 😢.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy br jer cabut gigi bongsu sbb berlubang.. dr syorkn cabut sbb x bley Tampal dah.. so dr sy duk rasa sakit&denyut2 jer better sy cabut..huhu.. seblum ni pnah cabut gigi geraham.. x rasa sakitpun lpas cabut.. hope yg nih pun sama la.. satgi kna mkn ubat thn sakit awal2..😅

      Delete
  27. Doctor... gigi bongsu ni akan tumbuh 4 butir ke ?kiri kanan atas bwh?skrg ni umur sy 30 gg bongsu saya bru tumbuh je belah bwh gigi kiri..dy tumbuh secara menegak..dlu sakit mse dia tumbuh..skrg ni Alhamdulillah..lega x sakit dh... Td saya buang gg second last... Sbb dh berminggu sakit..bila mkn je sakit... Gigi tu berlubang..doc saran buang dan dh x dpt di selamat kn lg

    ReplyDelete
  28. Salam dr...kalau nk telan air liur pon sakit,itu petanda gusi bengkak ataupun masalah gigi bongsu

    ReplyDelete
  29. Salam dr, waktu kecil saya pernah buat pembedahan gigi kesemua gigi saya kena cabut dan gusi saya di jahit pipi saya ikut membengkak sampai kan saya mmg tak boleh bukak mulut. Tapi lepas pembedahan gigi saya tumbuh perlahan². Cumanya kerap sangat gigi saya berlubang dan skrg saya rasa sakit dah berbulan bulan gigi geraham saya sampai berdenyut naik ke kepala. Skrg saya nampak ada hitam kebiruan dekat gusi dan gigi saya. Saya pergi klinik gigi ginta cabut giginya doktor tu cakap tak perlu. Tapi sampai skrg saya rasa sakit. Apa perlu saya buat ye dr ?

    ReplyDelete
  30. Sy berumur awal 40-an. Tak pernah sakit teruk sbb gigi bongsu nak keluar. Tp kali ni rs sakit sgt sampai ke kepala. Telan air liur pun sakit. Sy dapati gigi bongsu tu tumbuh senget hala ke pipi. Apa yg harus sy bt.

    ReplyDelete
  31. Hi dr, saya google berkenaan gigi bongsu & terjumpa blog dr. Walaupun dah bertahun tapi ia masih berguna. Gigi bongsu saya dah tumbuh. Ada 3 semuanya. 2 di gusi bawah kiri & kanan. 1 di gusi atas kanan. Tapi dr gigi di bawah kanan selalu sakit. Gusi dah mula nampak lubang seperti gua (lubangnya bukan menegak) maksudnya tempat lubang gusi tu bukan macam gigi yg tumbuh menegak. Bila saya usik lubang tu sakit. Bila disuluh amd tarik ke atas gusinya ada gigi dibawah. Gigi bongsu yang ini separuh keluar separuh di dalam gusi tersebut. Gusi yang berlubang tu juga dah berwarna putih2 bila gosok gigi akan berdarah. Apa yang perlu saya lakukan? Adalah ia bernanah? Untuk makluman ia dah sakit berkali2. hampir 3 tahun ketiga-tiga gigi ni tumbuh. Terima kasih dr. Harap dr baca dan dapat balas.

    ReplyDelete
  32. hi saya nak tanya kalau gigi geraham atas rapuh tapi x sakit mcm mane ye. Dah hancur sikit

    ReplyDelete
  33. Saya sakit sampai nak mati dah telah call 999. Lepastu diorang xlayan saya pon tetido. Bangun bangun lega. Tapi dah 3x sakit nak mati mcm ni

    ReplyDelete
  34. Saya sakit sampai nak mati dah telah call 999. Lepastu diorang xlayan saya pon tetido. Bangun bangun lega. Tapi dah 3x sakit nak mati mcm ni

    ReplyDelete
  35. Dok Saya pun nak .. sakit ni dok suda 3 Hari gusik bengkak Tak kunjung sembuh😭😭

    ReplyDelete
  36. Hi dr .. selepas sy buat pbedahan kecil kt gusi .. knp masih lagi rasa sakit pd hari 5, sakit yang sangat2.. mkn ubat tahan sakit pon dah tak jadi ap..

    ReplyDelete
  37. Dr. Gusi saya sdh bengkak selama 4 tahun, Pernah debug, tpi sama-sama makan makanan yg keras bengkak balik smpaila sekarg...gusi setiap Hari membengkak membrane bersaraa Dan sakit

    ReplyDelete
  38. Hi...doc sye da beberape kali sakit...xpi ni la sakit sampai 5 6 ari sampai bengkak na buka mulut pun xblh gigi paling last sampai gusi pun bengkak...nak mkn pun susah...na ckp pun susah...pi klinik mesti doc bg ubat sakit tahan...ade ape2 yg sye blh buat dr umah...mcm na amik hammer pkui gigi I

    ReplyDelete
  39. doc, saya baru ke klinik gigi, dah masuk hari ke 5 sakit gigi, doc gigi berikan ubat tahan sakit, antibiotik, masalah skrg, saya dpt rasakan air liur saya skrg berlebihan, tu perkara biasa ke?

    ReplyDelete
  40. Doc, sebab apa gigi geraham sya yg paling akhir sekali tumbuh ini, dia timbul, lebih tinggi dari barisan gigi yg lain. Kedua dua belah gigi rahang bawah
    Skrng sdh mula goyang dan sakit, gusi sensitive dan sngt sakit ngilu.
    Nak cabut tpi klinik gigi cas mahal, rm300 sebiji. Nak pegi klinik kerajaan, jauh pula dari rumah sya. Tak mau kena saman rm10k sbb jalan2 jauh dari rumah.
    Skrng telan ibuprofen saja selain kumur air garam. Tak selesa makan sbb bila ada makanan terselit, adoiii sakit sebelah kepala sampai ke leher.
    Thanks

    ReplyDelete
  41. hai DR .gigi geraham yg bungsu sngat sakit la? jadi macam mana Dr boleh kaa d cabut atau perlu untuk sembuh kan ia dlu

    ReplyDelete
  42. Addui gigi nyah kau dari mulit kami...

    ReplyDelete
  43. Hi dr.. sy gigi bongsu sakit.. gusi pulak bengkak area gigi tu.. tapi bila sy pergi klinik.. dr cabut gigi lain sbb dia cakap gigi lain ada rosak.. dan dia x bg ubat lngsung untuk thn sakit ke apa.. gigi lain yg sakit.. gigi lain yg cabut .. mcm mna ni ? Sampai x de selera nk mkan.. dia lgsung x xray untuk tau kedudukan gigi ke apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dr sya baru 16 thun tapi dah ada gigi bongsu ni and sakit sangat tapi takut sangat nak pegi check dr,dah banyak kali sakit sampai tahap sakit kepala.adakah sya patut(wajib) pergi atau tetap bertahan sebab saya takut aa

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  44. I really appreciate your support on this.
    Look forward to hearing from you soon.
    I’m happy to answer your questions, if you have any.


    เล่นบาคาร่า

    เครดิตฟรี

    เล่นบาคาร่า

    ReplyDelete
  45. Many thanks for your kind invitation. I’ll join you.
    Would you like to play cards?
    Come to the party with me, please.
    See you soon...

    คาสิโน

    เครดิตฟรี

    คาสิโนออนไลน์

    คาสิโน

    ReplyDelete
  46. Dr Q, saya nak tanya jika selepas cabut gigi bongsu ni dia akn sakit skli rahang sampai ke otak dan pedih di mata ka?? Gigi yg bru sy cabut di klinik tdi adalah 2 sebelum akhir..

    ReplyDelete
  47. Dr, pagi tadi saya ada cabut gigi molar sebelah kiri. Gigi sudah lama berlubang dan sangat sukar utk dicabut. Ianya hanya berjaya dicabut selepas beberapa jam. Sejak dicabut sakitnya semakin meningkat dari sakit gigi sampai sakit telinga dan kepala. Walaupun sudah tengah malam dan mkn ubat tahan sakit byk kali sakitnya semakin meningkat. Adakah saya perlu jumpa Dr gigi sekali lagi

    ReplyDelete
  48. Hai doc Q..ape resiko yang akan dihadapi pada orang yang buat pembedahan buang gigi bongsu di bawah ubat bius penuh ( pengsang )

    ReplyDelete
  49. Doktor.. Gigi belakang saya lama dah sakit.. Hmpir 3 thn.. Mula² sakit gusi jak.. Baru awl thn ni nmpk gigi tmbuh sikit,, nmpk ada putih dekat gusi..

    Lps bulan October ni,, saya tidak dapat mengunyah makanan sebab sakit sangat.. Gusi kat belakang tu pun nmpk bengkak sikit.. Tak dapat buka mulut juga..

    Saya plu buat pmbedahan ke doktor???

    ReplyDelete
  50. Sy alami skg.. bengkak gusi di bahagian belakang sekali dekat gigi geraham bongsu.. tahun ni dah 2x sakit. Mula2 g klinik, doktor bgtau dtg semula bile xsakit sbb nk buang gigi bongsu tu. Pergi kali 2, doktor lain plak bgtau xperlu buang gigi sbb gusi y carik, gusi tu ye lebih tinggi dari gusi.. jadi kena buat pembedahan potong gusi.. xray dulu gg nk tgk kedudukan gigi bongsu. Tumbuh elok jadi tgu masa nk pembedahan potong gusi.. dari bulan 3, skg dah 10 sakit dtg lg.. pergi lagi klinik. Doktor lain plak bgtau.. gigi cantik xperlu buang.. gusi tercarik n sakit sbb masuk sisa makanan.. jadi kena jaga kebersihan.. bg ubat kumur n tahan sakit.. sakit kalih sapa xleh nk buke mulut.. nk telan air pon perit.. ade cadangan ke doktor q??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?