GULA-GULA 'HALLS' PENYELAMAT





Pesakit perempuan warga india masuk ke bilik rawatan untuk cabut gigi. Langkahnya agak longlai. Tiba-tiba pesakit tersebut terjatuh tapi sempat di papah dan didudukkan di atas kerusi. Pesakit tersebut menunjukkan tanda-tanda untuk pengsan. Menurut suaminya, isterinya itu belum bersarapan lagi. Suaminya ada menyuruhnya untuk sarapan sebelum ke klinik gigi tapi pesakit tersebut tidak mengendahkannya.
.
.
Dr Q pon terus dapat "flashback" kuliah daripada pensyarah masa belajar dulu. Soalan pensyarah, "ok, katakanlah pesakit datang nak cabut gigi kemudian terus macam nak pengsan. So apa kamu nak buat?" Kami pon terus la bagi jawapan. Ada yang suruh bagi milo la, bagi nasi la, dan macam-macam lagi tapi jawapan paling mudah tak keluar daripada kami semua iaitu GULA-GULA. Yalah, cuba fikir logik, pesakit belum pengsan lagi cuma menunjukkan tanda-tanda untuk pengsan, sempat ke nak masak air untuk buat milo. Kalau ada air kotak milo tak mengapa. Boleh terus bagi minum. Kan? Ni air kotak pon tak ada. Nanti milo baru siap tapi pesakit dah pengsan. Jadi macam mana nak minum. Hahaha. Benda paling senang adalah dengan menghisap gula-gula. (Bergantung pada mana-mana stok yang ada. Apa-apa yang mengandungi gula)
.
.
Dr Q pun apa lagi, terus minta gula-gula dari DSA (Dental Surgery Assistant/nurse gigi) dan bagi kepada pesakit. Mujur ada stok gula-gula halls. Hahaha. Pesakit kemudiannya diberi air bancuhan gula. Ok, pesakit selamat tak pengsan.
.
.
Jadi kenapa pesakit ni menunjukkan tanda-tanda untuk pengsan? Pertama sekali adalah sebab pesakit ni tidak sarapan. Jadi memang gula dalam darah sangat kurang. Gula ni untuk memberikan tenaga untuk sel dalam badan kita berfungsi. Senang cerita bagi badan kita ada tenaga lah untuk berfungsi. Keadaan ini dipanggil "hypoglycemia" iaitu kurang gula dalam darah. Tanda-tanda pertama adalah berasa pening.
.
.
Jadi moral of the story disini ialah, jangan lupa sarapan kalau nak buat rawatan pergigian. Terutamanya jika mahu mencabut gigi. Lagi satu pastikan, jika jenis orang yang selalu skip makan, simpan gula-gula dalam poket atau bag untuk kecemasan.
.
.
            Dr Q
~doktor gigi anda~

Comments

Popular posts from this blog

DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?

DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH