"BINGITTT SATU KLINIK DENGAR TERIAKAN SEORANG PESAKIT KANAK-KANAK"

                                                                                  sumber gambar: google
Boleh bayangkan macam mana seorang budak tantrum. Ceritanya sebelum ini pesakit kanak-kanak ini pernah datang ke klinik disebabkan oleh masalah bengkak gusi. Melalui rekod, ada ditulis yang pesakit "non-cooperative". lawatan lepas hanya dibekalkan dengan priskripsi antibiotik dan ubat tahan sakit oleh doktor bertugas.

apabila nombor giliran dipanggil dan pesakit disuruh duduk di atas dental chair, terus pesakit menjerit seperti terkena histeria. menurut ibu kepada pesakit, malam tadi pesakit ada mengadu SAKIT GIGI di bahagian bawah sebelah kiri.

kami menyuruh ibu duduk sekali dan memegang pesakit agar pemeriksaan dapat dilakukan. hasil pemeriksaan, semua GIGI SUSU pesakit telah rosak dan menjadi punca kepada kejadian kes "gusi bengkak sebelum ini". cadangan rawatan untuk mencabut gigi yang sudah tidak dapat diselamatkan diterangkan kepada ibu pesakit. ibu pesakit bersetuju dan cabutan dilakukan.

gigi yang sudah rosak teruk memang PUNCA kepada masalah bengkak gusi yang menandakan terdapat JANGKITAN berlaku dikawasan itu. jangkitan hanya akan surut sebentar selepas rawatan antibiotik akan tetapi akan berlaku semula jika punca masalah tidak dapat dihapuskan. dalam kes ini, gigi yang rosak adalah punca kepada jangkitan yang berlaku.

ibu pesakit juga ada memberitahu yang pesakit memang liat untuk memberus gigi dan kerap makan gula-gula. selalunya dalam kes berkaitan kanak-kanak, ibu bapa juga adalah penyebab berlaku kes kerosakan gigi kerana tidak menjaga dan mengawasi kesihatan mulut anak mereka.

jadi apa IKTIBAR dari kes ini???


ibu bapa haruslah mengawasi kesihatan mulut anak-anak dengan mengawasi setiap kali mereka memberus gigi. pastikan berus dengan kaedah yang betul. ibu bapa juga perlu mengawasi pengambilan gula anak-anak mereka dan jangan lupa untuk membawa anak-anak mereka untuk dental check up seawal yang boleh dari gigi belum tumbuh iaitu sekala berkala (2 kali setahun). OWH, ini yang selalu ibu bapa tidak tahu bahawa GIGI SUSU BOLEH DITAMPAL jika lubang masih kecil ye.
sekian


            Dr Q
~Doktor Gigi Anda~

Comments

Popular posts from this blog

DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.

DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?