DR Q CABUT GIGI ORANG GILA!!!
Ini kisah tempoh hari. Dr Q bertugas di rumah Sinar Harapan Tampoi. Rumah ni dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menempatkan golongan kurang upaya yang kebanyakkannya pesakit mental sebab rumah ini bersebelahan dengan Hospital Permai (hospital mental).
Pada mulanya memang rasa agak takut dan gementar sebab ini pertama kali Dr Q ditugaskan untuk merawat pesakit mental. Risau jika berlaku apa apa yang diluar jangkaan.
Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Bila selesai pemeriksaan dan rawatan, Dr Q pon bersembang dengan penjaga rumah tersebut. Menurut penjaga tersebut, sepatutnya maksimum masa penghuni tinggal di rumah tersebut adalah 3 tahun. Selepas 3 tahun diminta ahli keluarga datang untuk membawa pulang. Tapi ada ahli keluarga yang terus membiarkan dan tidak mengambil sampai bila bila. Penjaga rumah tersebut ada yang kes sampai mereka memaksa ahli keluarga untuk datang melawat. Bila dengar sampai dipaksa tu yang terus kasihan dengan penghuni penghuni di rumah ini.
Dr Q
~doktor gigi anda~
Comments
Post a Comment