"LIDAHKU TERPAKSA DIPOTONG"
sumber gambar: google
Tahukah anda bahawa lidah terpaksa dibuang/dipotong hanya kerana ulser? Kejadian ulser adalah sangat normal terutama apabila stress. Tapi ulser yang tidak normal ialah ulser yang TIDAK SEMBUH LEBIH DARI 2 MINGGU dan selalunya ulser seperti ini pada awalnya tidak sakit.
Pernah jumpa 1 kes ulser dibahagian lidah. Menurut rekod, sebelum ini pesakit pernah mengadu berkenaan ulser setahun yang lalu dan kes ulser tersebut telah pon dirujuk ke pakar. Tapi mungkin kerana kekangan kerja dan sikap tidak endah pesakit tambahan pula ulsernya tidak sakit, pesakit mengambil keputusan untuk tidak hadir ke temujanji pakar. Kemudian selepas setahun, pesakit datang semula ke klinik gigi berkenaan ulser lagi. Masa ni saya bertugas memeriksa pesakit ini. Tapi ulser tersebut telah ada tanda tanda ketumbuhan dan menjadi keras dan mengganggu kualiti hidup pesakit. Kriteria dan tanda tanda ulser tersebut sudah mirip benar dengan tanda tanda kanser. Kes kemudiannya dirujuk semula ke pakar bedah mulut. Kes ini berlaku sekitar bulan 5 tahun ini.
Hari mendapat info dari jabatan bedah mulut hospital sultanah aminah yang lidah pesakit terpaksa dibuang semua kerana positif kanser lidah.
Teringat dulu masa belajar di universiti malaya, boleh kate setiap bulan ada kes review pesakit kanser. Kesian sangat. Ada yang lidah ada separuh, ada yang tidak ada lidah, ada yang rahang bawah tinggal separuh dan ada juga yang tidak berahang. Memang sangat sangat kesian. Bayangkan, lidah dan rahang yang selama ini kita semua gunakan untuk makan dan bercakap telah tiada. Boleh bayang tak macam mana bekas pesakit kanser ini makan???
Jadi moralnya, JIKA ANDA MENGALAMI ULSER YANG TIDAK SEMBUH LEBIH DARI 2 MINGGU, BOLEH BERJUMPA DENGAN DOKTOR GIGI UNTUK DEPERIKSA DENGAN TELITI. jika dapat di detect awal, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja kawasan yang terpaksa dibuang dan tidak akan memberi kesan 100% terhadap tahap kualiti hidup.
Dr Q
~Doktor Gigi Anda~
~Doktor Gigi Anda~
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete