TAHUKAH ANDA BAGAIMANA GIGI ANDA BOLEH BERLUBANG?

                                                                    sumber gambar: pergigian perlis
Gambar diatas menunjukkan dengan jelas proses gigi berlubang berlaku. Ok, benda pertama yang perlu ada ialah BAKTERIA dan GULA. Dua benda ni terdapat dalam PLAK.



Analogi mudah Dr Q bagi macam ni. Gula adalah makanan untuk bakteria. Selepas bakteria makan gula tu, ia akan berkumuh (berak). Dan bahan kumuh tadi adalah berbentuk ASID. Asid inilah yang akan menghakis gigi sedikit demi sedikit sehingga menjadi cavity (lubang).




Jadi, bolehkah gigi berlubang ini dicegah?

Jawapannya tentu sekali boleh. Ini TIPS RAHSIA macam mana untuk mencegah gigi berlubang:

1) kurangkan pengambilan gula. Ok, jangan hanya ingat gula ni ialah gula yang dalam gula-gula dan gula yang buat air tu. Gula ni sebenarnya dalam bentuk karbohidrat seperti nasi dan kentang untuk memberi kita tenaga. Jadi maknanya, dalam nasi dan kentang pon ada gula. Tips dia disini, jika memang anda seorang pemakan makanan manis, boleh cuba kurangkan pengambilan seharian secara beransur ansur. Jika mengambil makanan manis 10X sehari, boleh kurangkan kepada 8X dahulu dan kemudiannya dikurangkan lagi sedikit demi sedikit.



2) Tips yang kedua ialah dengan berus gigi dengan cara yang betul dan efektif. INGAT apa objektif kita untuk memberus gigi. Ia adalah untuk membuang plak (tahi gigi) yang melekat pada gigi. Plak ni terjadi daripada sisa makanan, bakteria dan air liur. Jadi dengan terbuangnya plak, maka tiadalah bakteria dan gula dalam sisa makanan untuk pembentukan gigi berlubang.



Mudahkan. Jadi JOM jadikan diri kita semua ke arah yang lebih baik.



             Dr Q
~doktor gigi anda~

Boleh SHARE untuk manfaat bersama.

Comments

Popular posts from this blog

DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.

DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?