TOLONGGGGGGG GIGI SAYA TERCABUT!!!!
"Abang, gigi saya tercabut sebab jatuh pastu darah tak berhenti".
Biasalah kalau tugas di kaunter pesakit akan memanggil abang atau adik. Hahaha. Tapi itu hanya gelaran yang bukanlah masalah besar bagi saya.
Pesakit tersebut mengangkat bibir dan menunjukkan kawasan soket gigi bahagian hadapan yang masih berdarah sejak dari malam tadi. Saya terus bertanya, "gigi mana dik? Ada bawak gigi tak?"
Hancur hati bila pesakit tersebut mengeluarkan gigi yang sudah kering daripada poket seluarnya. Tapi memang dah hancur dah hati saat mula mula pesakit tersebut mengatakan peristiwa gigi tercabut telah berlaku malam tadi. Dalam hati cakap, "dah terlambat dik nk selamatkan gigi tu"
"Nampaknya masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana hendak menyelamatkan kembali gigi yang telah tercabut dari soket", saya bermonolog. Haisss.
Pendarahan yang berterusan mungkin disebabkan pesakit kumur dengan kuat selepas eksiden tersebut dan mengganggu proses pembekuan darah. Pesakit juga mungkin tidak mengenakan tekanan dengan menggigit kain di tempat gigi yang tercabut itu.
Selesai mendaftar dan pesakit diuruskan oleh rakan sekerja yang bertugas.
TAHUKAH ANDA GIGI YANG TERCABUT ITU BOLEH DISELAMATKAN LAGI???
Berikut adalah cara bagaimana hendak menyelamatkan gigi yang sudah tercabut dari soket.
1) Cari gigi tersebut. Pastikan gigi tersebut dipegang di bahagian koronanya, bukan pada akar gigi.
2) Bilas gigi tersebut dengan air yang mengalir secara berhati-hati bagi membersihkan kotoran.
3) Masukkan gigi tersebut kembali ke dalam soket. Pastikan gigi tersebut diletakkan menghala ke arah yang betul. Pegang gigi pada tempatnya dengan berhati-hati dengan menggigit pada sapu tangan yang bersih.
4) Jika anda tidak boleh masukkan semula gigi tersebut pada soket, simpan gigi tersebut dalam susu segar, cecair salina(saline) normal atau air liur. Jangan biarkan gigi menjadi kering.
5) Minta bantuan daripada klinik gigi dengan segera
Sumber guidelines: Jabatan Kesihatan Mulut, Kementerian Kesihatan Malaysia
Boleh download gambar di atas untuk simpanan akan datang dan boleh SHARE di FACEBOOK, WHATSAPP GROUP dan lain lain media sosial.
Malang tidak berbau. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan.
Dr Q
~Doktor Gigi Anda~
~Doktor Gigi Anda~
P/s: ini untuk kes gigi kekal sahaja. Kalau gigi susu tercabut keluar, memang tak boleh nak selamatkan lagi.
Comments
Post a Comment