DOKTOR, GIGI SAYA SENSITIF SANGAT. TERUTAMA BILA MINUM AIR SEJUK. MEMANG TAK BOLEH TAHAN LA. KADANG-KADANG TERINGIN NAK MAKAN AIS KRIM TAPI MEMANG TAK SANGGUP NAK MENAHAN RASA SENSITIF TU.






Ok, siapa yang ada masalah gigi sensitif? Angkat tangan sikit.
.

Hari ni nak kongsi salah satu punca gigi sensitif iaitu kita panggil sebagai ABRASION. Abrasion ni seperti dalam gambar. Boleh cek gigi masing-masing sekarang.
.


Jadi macam mana abrasion ni boleh terjadi pada kita?
.

Punca utama ialah disebabkan berus gigi yang keras 'bristle'nya. Senang cerita, nak cakap yang berus yang keras tu lah yang menghakis gigi terutamanya di bahagian leher gigi iaitu kawasan yang paling dekat dengan gusi.
.

Jadi macam mana nak pilih berus gigi yang betul? Boleh scroll profile Dr Q. Hari tu ada Dr Q bagi tips macam mana nak pilih berus gigi yang betul.
.

Ok, sambung balik pasal abrasion. Bila lapisan luar gigi sudah terhakis, maka lapisan kedua gigi ni adalah penyebab sensasi sensitif berlaku sebab dalam lapisan kedua ni ada saluran saluran kecil yag mengandungi cecair terus kepada saraf. Jika lapisan cecair itu terganggu, maka saraf akan menerima signal yang menyebabkan sensasi sensitif. Cukup la anda semua paham yang bila lapisan kedua telah terdedah, anda mudah berasa sensitif. (Sebenarnya ada banyak teori gigi sensitif ni tapi yang Dr Q bagi ni adalah yang banyak diterima penyelidik)
.

Konsep dia sama juga dengan gigi berlubang. Jika lubang telah sampai ke lapisan kedua gigi, kita akan mudah berasa sensitif/sakit.
.

Apa komplikasi paling teruk abrasion ni? Paling teruk ialah jika gigi tersebut sudah sampai tahap tidak boleh ditampal dan terpaksa dicabut. Kedua jika masih boleh ditampal tetapi abrasion telah terlalu dalam sehingga mendedahkan saluran akar, terpaksa buat rawatan saluran akar/cabutan (anda boleh pilih antara 2 rawatan ni).
.

Dalam video, ada ditunjukkan cara untuk menampal gigi abrasion ni. Jika dah ditampal, tak ada lah sensasi sensitif lagi. Boleh minum minuman sejuk semula. Best kan?




Jadi jika anda ada gigi abrasion, boleh datang ke klinik untuk diperiksa dan jika masih tidak teruk, boleh diselamatkan lagi.
.

            Dr Q
~doktor gigi anda~
JOM SHARE ilmu ni supaya semua orang boleh makan ais krim semula.

Comments

  1. Gigi depan sakit...nak minum air xblh sakit sgt...sakit tu mcam kena kejutan electric...cara untuk hilang kn sakit apa cara nya...pls

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?

DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH