"DR, SEMUA GUSI SAYA SAKIT SANGAT SAMPAI NAK MAKAN PUN TAK LALU. SAYA MAKAN UBAT TAHAN SAKIT PUN TAK KEBAH JUGA SAKITNYA."
OK, ini soalan pertama yang Dr Q akan tanya bila pesakit tanya seperti soalan di atas sebab Dr Q dah dapat agak apa masalah yang pesakit ini hadapi. Macam ahli nujum pula. Hahaha.
.
"BILA LAST BUAT CUCI GIGI?"
.
"LAMA DAH TAK BUAT DR, DAH BERTAHUN-TAHUN TAK BUAT"
.
Bila diperiksa, betul sangkaan Dr Q. Pesakit ini mengalami masalah gusi. Kadang-kadang Dr Q sendiri rasa kasihan bila berada dalam situasi terpaksa mencabut gigi yang masih elok tapi sudah bergoyang seperti lalang ditiup angin. Sebab jika gigi sudah bergoyang tahap serius, memang terpaksa dicabut. Tidak boleh diselamatkan lagi.
Ok, ini adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah gusi;
.
1) gusi berdarah apabila memberus gigi. Gusi berdarah ni adalah tanda paling awal anda menghadapi masalah gusi. Gusi akan mudah berdarah disebabkan kawasan leher gigi tidak dibersihkan dengan betul. Oleh itu plak terkumpul. Plak yang terkumpul ini jika tidak dibuang akan mengeras dan menjadi karang gigi. Salur-salur darah kecil akan membentuk di dalam gusi berdekatan kawasan gigi yang ada karang gigi yang berhadapan dengan gusi
Analogi mudahnya begini, karang gigi dan plak adalah kubu bakteria, gusi dan salur darah adalah kubu pertahanan sistem tubuh badan. Salur darah akan merembeskan sistem pertahanan tubuh untuk menentang bakteria. Jadi bila kita memberus gigi, mudah untuk gusi berdarah sebab terdapat banyak salur darah kecil yang terbentuk di pinggir gusi yang mudah tercedera apabila terkena berus gigi.
.
2) gusi bengkak sama ada di satu kawasan atau melibatkan semua kawasan. Jika karang gigi tidak dibuang dan dibersihkan, gusi boleh membengkak. Paling teruk sehingga ada nanah. Di awal kejadian, memang pesakit akan merasa sakit yang melampau. (Boleh lihat gambar)
.
3) gigi kelihatan panjang. Karang gigi yang tidak dibuang akan mengakibatkan tulang yang memegang gigi lenyap dan seterusnya gusi akan menurun.
Analogi mudah, bakteria yang terdapat pada karang gigi dan plak akan "memakan" tulang yang memegang gigi dan bila tulang lenyap dan menurun, gusi yang berada di atas tulang pun turut menurun sekali. Sebab tu gigi nampak panjang. (Boleh lihat gambar)
.
4) gigi bergoyang. Bila tulang yang memegang gigi telah lenyap, tiada apa lagi yang memegang gigi dalam mulut. Jadi gigi boleh bergoyang. (Boleh lihat video)
JADI, BOLEHKAH MASALAH GUSI INI DIRAWAT?
.
Sebenarnya Dr Q lebih suka kata MASALAH GUSI INI BOLEH DICEGAH SEBENARNYA.
.
Bagaimana mahu cegah masalah gusi ni?
.
Senang sahaja, perlu buat pemeriksaan gigi secara berkala dan cuci gigi/scaling setiap 6 bulan. (Rujuk video)
.
Gambar terakhir adalah gambar gusi yang sihat. Boleh bezakan dengan gambar-gambar yang lain. Bezakan?
.
Soalan Dr Q, bilakah last sekali anda semua cuci gigi/scaling? Kalau rasa sudah lama sangat, JOM CUCI GIGI.
.
Dr Q
~doktor gigi anda~
~doktor gigi anda~
.
Sumber gambar google
Sumber video cuci gigi Dr Anto Youssef
Sumber video gigi bergoyang victoria dent
Sumber video cuci gigi Dr Anto Youssef
Sumber video gigi bergoyang victoria dent
JOM SHARE supaya kita boleh membantu rakan rakan kita yang mempunyai masalah gusi ni.
Comments
Post a Comment