"GIGI ANAK SAYA MEMANG RAPUH DOKTOR, BUKAN ROSAK"




Seorang pesakit kanak-kanak masuk ke bilik untuk mencabut gigi. Umur baru 5 tahun dan seperti kebiasaan, SEMUA 20 gigi susu kanak kanak tersebut telah tumbuh dan tiada gigi kekal yang tumbuh lagi. Biasanya gigi kekal akan tumbuh sekitar umur 6 tahun. Tapi apa yang menyedihkan, semua 20 batang gigi susu kanak kanak berkenaan telah rosak sepenuhnya dan tidak boleh diselamatkan lagi. 
.
.
Belum sempat Dr Q nak menyoal penjaga kanak kanak itu, terus penjaga memberi kenyataan
"gigi anak saya memang rapuh doktor, bukan rosak"
.
.
Dr Q hanya senyum disebalik mask.
.
.
Dan seperti biasa Dr Q akan mula menyoal penjaga untuk mencari punca kepada masalah gigi yang rosak. Ni soalan yang Dr Q dan kebanyakan Dr gigi lain akan tanya:
1) ada hisap botol susu ke?
2) kerap makan jajan/gula-gula ke?
3) gosok gigi berapa kali sehari?
4) sebelum tidur ada gosok gigi tak?
5) gosok gigi sendiri ke atau ibu/bapa/penjaga yang gosokkan?
.
.
Selalunya kanak-kanak yang hisap botol susu memang terdedah kepada masalah gigi susu berlubang. Keadaan akan menjadi teruk jika tertidur dengan botol susu tersebut. Ini mendedahkan gigi susu dalam tempoh masa yang agak panjang untuk gigi susu mulai rosak. Selalunya gigi susu yang rosak akan melibatkan gigi hadapan atas.
.
.
Jajan/gula-gula merupakan faktor penyebab terjadinya gigi berlubang. Kekerapan mengambil jajan/gula-gula meningkatkan kadar kerosakan gigi. Selalunya akan melibatkan kerosakan pada semua gigi.
.
.
Memberus gigi adalah aktiviti wajib untuk semua orang. Tapi perlu diterapkan dari kecil. Biasa untuk kanak kanak tidak mahu memberus gigi. Tapi ibu bapa/ penjaga memang kena memaksa pada awalnya sehinggalah kanak kanak tersebut terbiasa. Paling penting ibu bapa perlu mengawasi kanak kanak supaya memberus dengan betul.
.
.
Berbalik kepada masalah gigi kanak kanak tersebut, setelah disoal siasat, rupanya kanak kanak tersebut ada sejarah minum botol susu, kerap mengambil gula gula dan tidak memberus gigi dengan betul.
.
.
Sebenarnya sangkaan penjaga adalah salah. Sebenarnya ada penyakit gigi rapuh. Tapi itu penyakit keturunan. Ada 2 jenis (amelogenesis imperfecta dan dentinogenesis imperfecta). Dan kalau betul kanak kanak ini ada penyakit tersebut, memang Dr Q akan rujuk terus ke pakar pergigian kanak kanak.
.
.
Dr Q harap semua kawan kawan fb Dr Q anak anaknya semua giginya elok elok belaka. Sebenarnya gigi kanak kanak tersebut lebih teruk dari gambar dibawah.
.
.
P/s :Dr Q tak ada anak lagi. Hihi.
.
.
Sumber gambar google.
.
.

            Dr Q
~doktor gigi anda~

Comments

Popular posts from this blog

DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.

DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?