GIGI ENCIK NI ROSAK DAH BESAR NI, MUNGKIN ENCIK PERLU RAWATAN "CROWN" GIGI.






Siapa kat sini yang pernah disarankan untuk buat rawatan crown ni?
.

Apa rawatan crown ni sebenarnya?
.

Bahasa mudah yang selalu Dr gigi terangkan ialah sarung gigi. Gigi akan dipotong membentuk tunggul dan akan disarungkan dengan gigi palsu yang dipanggil crown ni. Ada beberapa jenis crown ni dan bergantung pada bahan yang digunakan. Owh, crown ni dibuat dimakmal tapi jangan risau sebab gigi yang dipotong tu akan disarungkan dengan crown sementara. (Boleh rujuk video prosedur rawatan crown)
.

Gigi yang macam mana yang boleh buat rawatan crown ni?
.

1) gigi yang rosak teruk. Selalunya rosak disebabkan gigi berlubang atau trauma (jatuh dan kemudian gigu patah. Selalunya melibatkan gigi hadapan). Dr gigi akan tentukan tahap kebolehtampalan (restorability) gigi tersebut. Jika sudah tidak dapat diselamatkan lagi, terpaksa dicabut.
.

~BOLEH SKIP POINT NO. 2 NI. BOLEH BACA UPDATE SELEPAS POINT NO. 2 NI~

2) gigi yang telah menjalani rawatan saluran akar. Selepas rawatan saluran akar, memang disarankan untuk membuat rawatan crown kerana gigi yang telah menjalani rawatan saluran akar, kekuatannya adalah sedikit menurun dan ada kemungkinan untuk pecah jika terlibat dengan trauma atau gigitan benda keras. Crown akan menambahkan kekuatan gigi dan melindungi saluran akar yang telah ditampal dari terkena jangkitan semula.
.

Update 12/9/2017. Update ni dari seorang pensyarah di universiti awam yang betulkan kenyataan Dr Q berdasarkan kajian yang dibuat. Terima kasih kepada pensyarah ni sebab betulkan kenyataan Dr Q.
" not all root canal treated teeth will need crowns especially anterior teeth.
In majority of posterior teeth that needed root canal, they will need cuspal coverage restoration (not necessarily full coverage crowns) and in posterior teeth it has been demonstrated in systematic reviews and outcome studies that it will improve the survival of the tooth.
However, this may not be the case for anterior especially teeth that ended up needing root canal treatment due to trauma i.e. Luxation injuries. Merely acess cavity will not significantly reduce the tooth strength and making a full coverage crown will reduce it's strength even further.
Therefore in conclusion, i advice not to put a blanket and make it as a rule for all root canal treated teeth to have crowns."
.

BAHASA MUDAHNYA, tak semua gigi selepas rawatan akar perlu rawatan crown ni. Sebab berdasarkan kajian, tampalan biasa pun jika dalam melindungi gigi tu pun dak ok untuk gigi yang telah menjalani rawatan akar. TIDAK SEMESTINYA RAWATAN CROWN untuk melindungi gigi ye. Mana-mana tampalan yang boleh melindungi cuspa gigi pun dah memadai.


.

3) gigi yang telah retak. Gigi boleh retak oleh beberapa sebab seperti gigit benda yang keras dan habit menggesel gigi. Gigi yang retak ni berpotensi untuk pecah. Dan jika gigu pecah hingga ke akar, terpaksa di cabut. Jadi dengan adanya crown, dapat melindungi gigi yang retak tu daripada pecah


.

4) estetik. Estetik ni senang cerita untuk kecantikan. Contoh jika gigi memang dari mula tumbuh mempunyai bentuk dan warna yang pelik terutamanya melibatkan gigi hadapan. Crown boleh dilakukan untuk membaiki gigi supaya bentuk dan warnanya lebih elok.
Jadi siapa yang pernah buat crown ni? Cerita sikit pengalaman.
.

            Dr Q
~doktor gigi anda~
.

Sumber gambar dari google
Sumber video pertama dari Dr Anto Youssef
Sumber video kedua dari Nazariy Mykhaylyuk
JOM SHARE ilmu ni supaya semua tahu pasal gigi

Comments

  1. Selalunya berapa kos untuk crown satu gogi

    ReplyDelete
  2. Semasa hendak sikat gigi, adakah crown gigi itu perlu dicabut atau tak perlu? Doc

    ReplyDelete
  3. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

    Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.

DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?