ORANG ADA DARAH TINGGI BOLEH CABUT GIGI KE DR Q?







"Kalau macam ni baik tunggu mati je baru cabut gigi!!!".
.
.
Begitulah kata-kata sentap yang Dr Q pernah dapat apabila Dr Q tidak mahu mencabut gigi seorang pesakit yang bacaan tekanan darahnya yang tinggi. 
.
.
Ini adalah fakta:
" KEBANYAKAN RAKYAT MALAYSIA TIDAK MELAKUKAN SARINGAN KESIHATAN".
.
.
Kenapa Dr Q tidak mahu mencabut gigi pesakit yang tekanan darahnya tinggi tu? Adakah saja-saja malas nak cabut? Adakah sebab skill cabut gigi tak power?
.
.
Prosedur normal apabila pesakit ingin mencabut gigi ialah mengambil bacaan tekanan darah. Apa hubung kait tekanan darah dengan cabut gigi? Sebenarnya bersebab mengapa prosedur begitu dilakukan. Ini kerana untuk menjaga keselamatan pesakit.
.
.
Ini adalah komplikasi tekanan darah yang tinggi semasa mencabut gigi.
1) pendarahan yang tidak berhenti. Bayangkan kalau 2-3 hari darah tidak berhenti. Boleh mati sebab kekurangan darah tau.
2) berlaku serangan jantung. Ya, jantung boleh berhenti secara tiba-tiba dan jika degupan jantung tidak dapat dikembalikan dalam beberapa minit, nyawa pesakit boleh melayang. Jantung kita ni kan ibarat pum yang salurkan darah ke seluruh anggota tubuh badan. Dan kalau pum dah tak berfungsi, mestilah darah tak dapat mengalir ke seluruh anggota badan. Apa fungsi darah ni? Fungsi dia adalah untuk memberikan oksigen ke seluruh anggota badan supaya semua organ tubuh badan dapat berfungsi. Jadi, kalau tak ada oksigen, mati la kita
3) adalah serangan angin ahmar (stroke). Tekanan darah tinggi ni boleh menyebabkan saluran darah di otak kita pecah dan mudah untuk beku. Jika berlaku begitu, pengaliran darah ke otak akan terganggu atau terhenti. Dan jika berlaku begitu, sel otak akan mati dan merencatkan fungsi otak. Mungkin sebahagian anggota badan tidak boleh berfungsi atau mungkin keseluruhan badan tidak boleh berfungsi.
.
.
Jadi, pesakit yang ada darah tinggi ni memang tak boleh cabut gigi ke Dr Q?
.
.
Sudah tentu boleh!. Jika memang disahkan oleh doktor perubatan mempunyai darah tinggi, mereka akan bagi nasihat gaya hidup sihat dan ubat bagi menstabilkan tekanan darah. Jika tekanan darah sudah stabil, jadi, tidak ada masalah untuk cabut gigi yang memang tidak boleh diselamatkan tu. Logik kn?
.
.
Jadi, lepas ni jangan la marah doktor gigi jika dia tidak mahu cabut gigi disebabkan tekanan darah anda yang tinggi.
.
.
Kenapa Dr Q up status ni malam ni? Sebab esok hari ahad, hari kerja selepas hujung minggu bagi negeri johor. Selalunya ramai pesakit pada hari ahad. Terutamanya yang mahu cabut gigi.
.
.
            Dr Q
~doktor gigi anda~

Comments

  1. klu la blood pressure xnormal juga, takkan la nk biarkan gigi yang teruk yg xboleh nk ditampal lagi tanpa di cabut. sedangkan pergi klinik gg swasta pun xde letak syarat sedemikian. ini bebanan kepada golongan pendapatan rendah. sakit gigi kerana gigi dah rosak teruk ...sakitnya bukan kepalang. takkan kkm nk straighkan juga syarat2 ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?

DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH