PUAN, SEKARANG SAYA TAK BOLEH CABUT LAGI GIGI SUSU NI SEBAB BELUM MASANYA LAGI. NANTI KALAU SAYA CABUT SEKARANG, GIGI KEKAL JADI "CROWDING"







Macam mana masalah crowding ni boleh berlaku? Ok, ni adalah antara punca yang boleh menyebabkan crowding.
.
.
1) Genetik. Bila cakap pasal genetik ni memang kita tak boleh elak. Kita tengok sejarah gigi ahli keluarga, ada tak yang ada crowding juga. Kadang-kadang gigi kita jenis yang besar tapi rahang kita jenis yang kecil. Memang tak muat la gigi nak tumbuh dengan betul.
.

2) gigi susu yang tidak tercabut. Cerita pasal gigi susu ni, banyak kisahnya. Banyak ibu bapa yang jenis nak cabut semua gigi susu anak mereka. Asal rosak je nak cabut. Kadang-kadang Dr Q pun pening nak layan. Ok, ni tips bila masa nak cabut gigi susu ni?

2i) bila gigi susu tu dan bergoyang. Macam mana gigi susu tu boleh bergoyang? Selalunya akar gigi susu akan hilang sendiri apabila gigi kekal dibawahnya mulai tumbuh. Sebab tu la gigi susu tu bergoyang sebab akar dia dah tak ada. Jadi kalau dah goyang boleh cabut gigi susu tu. Ni optional sama ada nak cabut dirumah atau di klinik. Tapi sebaiknya di klinik sebab di klinik ada ubat kebas berbentuk gel perisa strawberry. Hihi.

2ii) bila gigi kekal sudah mulai tumbuh di belakang atau di depan gigi susu. Kadang-kadang gigi susu tidak bergoyang tapi gigi kekal sudah mula tumbuh. Jika berlaku begini, disarankan untuk cabut gigi susu tersebut.

2iii) kadang-kadang bila gigi sudah rosak teruk dan tidak boleh ditampal, tapi belum masanya lagi untuk cabut gigi susu tersebut. Jika tiada sejarah jangkitan yang berpunca dari gigi susu yang rosak, disarankan untuk mengekalkan gigi yang rosak itu. Ini dipanggil sebagai "space maintainer" iaitu untuk menyediakan ruang untuk gigi kekal tumbuh nanti.

"Jadi kesimpulan point nombor 2 ni, cabut gigi susu awal sangat atau cabut gigi susu lambat sangat pun akan menyebabkan crowding. Jadi perlu datang cek gigi anak-anak anda secara berkala 6 bulan sekali."



.

3) kehadiran gigi tambahan (supernumerary teeth). Jumlah maksimum gigi normal adalah 32. Selalunya mereka yang mempunyai gigi tambahan, bilangan giginya adalah lebih daripada 32. Bila gigi sudah berlebihan, memang tak cukup la ruang di rahang untuk muatkan semua gigi. Akhirnya berlaku crowding

.

4) putik gigi (tooth germ) yang terbentuk secara tidak teratur. Yang ni masalah semasa proses pembentukan gigi kekal. Memang tak boleh nak cegah. Boleh buat rawatan braces untuk betulkan aturan gigi.
.
.



Adakah perlu untuk kita buat rawatan braces untuk membetulkan masalah crowding ni?
.
.
Jika mengalami masalah crowding yang teruk sehingga sukar untuk membersihkan gigi, dan meningkatkan risiko kerosakan gigi, disarankan untuk menjalani rawatan ortodontik (braces) untuk membetulkan aturan gigi supaya mudah dibersihkan kelak.
.
.
            Dr Q
~doktor gigi anda~

Jom SHARE ilmu ni supaya semua jadi pandai pasal gigi. Sila TAG rakan anda yang mempunyai masalah crowding ni.
P/s: Dr Q pun ada crowding juga dibahagian gigi depan bawah. Tapi sangat-sangat minima crowdingnya.

Comments

  1. Dr just nk tnya.anak sy sblm ni ada jatuh so brdarah ckt kt dpn area gg susu dia.bila tgk gg susu dia mula brgoyang ckt tp ok lg still bole mkn.tp bru2 ni dia ada jatuh.bila tgk gg dia da mula brgoyang n da longgar.so nk tnya perlu ke biarkn shj cabut sndri d rumh or bwk ke klinik ya?

    ReplyDelete
  2. Doc anak saya berumur 6 tahun...gigi atas tinggal tunggul n selalu gusi bernanah,perlu ke cabut semua gigi atas ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?

DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH