REKOD PERGIGIAN UNTUK MENGENALPASTI MAYAT.





TAHUKAH ANDA BAHAWA REKOD PERGIGIAN BOLEH MENGESAHKAN IDENTITI SI MATI?
.

Ini berdasarkan kes kebakaran tahfiz semalam, seperti yang kita tahu, semua mangsa yang terbakar sukar untuk di kenal pasti. Jadi perlu bukti forensik untuk tentukan identiti mayat.
.

Ada 3 jenis bukti forensik yang Dr Q ingat masa belajar dulu.
.

1) DNA. Setiap dari kita ada DNA yang tersendiri, selalunya DNA anak, akan mempunyai persamaan sehingga 99% kalau tak silap Dr Q dengan DNA ibu dan ayah. Sebab tu selalu kita tengok drama yang pasal nak tentukan anak siapa tu buat ujian DNA.
.

2) CAP JARI. Seperti yang kita tahu, jap jari setiap orang adalah lain lain. Jadi jika kita ada rekod jap jari sudah tentu mudah untuk kenal pasti.
.

3) REKOD PERGIGIAN. Satu xray kecil pun sudah mencukupi untuk mengenalpasti gigi identiti mayat. Selalunya rekod pergigian diperlukan jika DNA dan CAP JARI tidak dapat diperoleh daripada mayat. Ini sebab, gigi tidak akan cair oleh api. Jadi gigi mayat boleh digunakan untuk kenal pasti mayat.
.

Sebagai contoh, mangsa pernah menjalani rawatan saluran akar (seperti yang kita tahu, saluran akar biasanya memerlukan xray). Jadi gigi mangsa akan di xray dan jika ada rekod xray pergigian lampau, akan disamakan dengan rekod xray mangsa yang baru sahaja diambil itu tadi. Kemudian perbandingan akan dibuat, jika terbukti ada persamaan, maka identiti mangsa sudah boleh dikenalpasti. Kes seperti ini akan dikendalikan oleh pakar doktor gigi forensik. Dalam forensik pun ada Dr gigi tau.
.

Sebenarnya ini adalah untuk waris tahu identiti mangsa walaupun mangsa itu telah rentung atau tidak berbentuk manusia normal. Bayangkan, jika mangsa tersebut ahli keluarga kita, sudah tentu kita mahu kebumikan mangsa dengan upacara yang sewajarnya.
.

Sedih Dr Q tulis post ni.
.

JADI, PENTING TAK UNTUK CEK GIGI SECARA BERKALA DAN MEMPUNYAI REKOD PERGIGIAN YANG TERKINI?
.

Kita tidak minta kita mati dalam keadaan yang tragik, tapi siapa kita nak tentukan bagaimana kita meninggalkan dunia ni. Kn? Tapi jika kita ada rekod pergigian, sekurang-kurangnya waris kita dapat kebumikan kita dengan sewajarnya.
.

             Dr Q
~doktor gigi anda~
.

Gambar adalah hebahan untuk doktor-doktor pergigian untuk memberikan maklumat rekod pergigian bagi mangsa kebakaran tahfiz untuk kenalpasti mayat. Nama dan detail mangsa adalah sulit, terpaksa di kaburkan.
.

JOM SHARE agar semua rakyat malaysia cek gigi supaya ada rekod pergigian yang terkini.
P/s: MDA tu ialah Malaysian Dental Association. Ini persatuan doktor gigi malaysia.
P/s: tadi Dr Q kata tak nak ulas, tapi rasa terpanggil dan tanggungjawab untuk share maklumat ni kepada umum.

Comments

Popular posts from this blog

DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?

DOKTOR, GUSI SAYA BENGKAK. LEPAS TU SAYA PICIT KELUAR NANAH