Posts

MAHAL KE KOS NAK JAGA GIGI NI?

Image
Tips jaga gigi. Situasi 1: klinik gigi kerajaan . Lakukan pemeriksaan di klinik gigi setiap 6 bulan sekali sejak dari usia 6 bulan (ibu bapa perlu take note ye). Cuci gigi setiap 6 bulan sekali. . Sekali datang untuk pemeriksaan (6 bulan sekali):- Pendaftaran/konsultasi : RM 1 Cuci gigi.                       : RM 2 Jumlah                          : RM 3 Kos penjagaan gigi 1 tahun (2 kali setahun) RM 3 X 2 = RM 6. Anggaran kos penjagaan gigi seumur hidup (~70 tahun) RM 6 X 70 = RM 420 Kos penjagaan gigi 1 hari (~70 tahun) RM 420 ÷ ( 365 X 70) = RM 0.01643836 sen Jadi, lebih kurang RM 0.02 sen sahaja sehari anggaran untuk kos penjagaan gigi sepanjang hidup jika mendapatkan rawatan di klinik gigi kerajaan. . Situasi 2 : klinik gigi swasta . Lakukan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali sejak dari usia 6 bulan (ibu bapa perlu take note ye). Cuci gigi setiap 6 bulan sekali. . Sekali datang untuk pemeriksaan (6

DOKTOR, GIGI SAYA BELAKANG SEKALI SAKIT SANGAT. KADANG-KADANG GUSI BENGKAK. BILA BENGKAK TU NAK MAKAN PUN SUSAH. BUKA MULUT PUN SUSAH.

Image
. Selalunya bila pesakit datang ke klinik dengan keluhan seperti di atas, Dr gigi sudah ada idea tentang apa yang pesakit alami. Banyak juga Dr Q jumpa pesakit seperti di atas. . Jadi, apa masalah gigi pesakit tu? . Selalunya adalah masalah berkaitan GIGI BONGSU / WISDOM TOOTH / THIRD MOLAR. . Sebab Dr Q buat pembedahan kecil gigi bongsu semalam dengan senior Dr Q, jadi terasa macam nak kongsi pasal gigi bongsu ni. . OK, siapa pernah mengalami masalah gigi bongsu ni? Angkat tangan sikit. . Dr Q pun pernah mengalami masalah gigi bongsu sebab gigi bongsu sebelah bawah kiri dan kanan Dr Q tumbuh baring dan akarnya pun dekat dengan saluran saraf di dalam rahang. Tapi Dr Q tak buang. Dr Q buat cara lain. Haha. Nak tahu cara apa? Baca sampai habis ye. . Ni Dr Q nak kongsi kenapa kalau gigi bongsu tumbuh je selalu sakit. Normal untuk kita berasa sakit apabila pertama kali gigi bongsu tu nak tumbuh dalam mulut kita. Kawasan gusi sekeliling gigi tu pun bengkak sa

DOKTOR, GIGI SAYA JARANG-JARANG LA. RAWATAN APA YANG BOLEH BUAT UNTUK RAPATKAN GIGI SELAIN BRACES?

Image
. Ada beberapa kali juga lah Dr Q dapat soalan macam ni. Mungkin ada jenis yang kurang selesa untuk pakai braces ni, jadi mahu pilihan rawatan yang lain untuk menyelesaikan masalah gigi jarang ni. . OK, sebelum Dr Q kongsikan salah satu cara nak bagi nampak gigi rapat, Dr Q nak terangkan macam mana keadaan gigi yang tak rapat ni berlaku. . Sebab pertama ialah genetik/keturunan. Sebab ada orang yang rahangnya besar, tapi saiz giginya kecil. Jadi gigi kelihatan tidak rapat dan jarak-jarak. Lagi satu sebab ada gigi yang tak tumbuh kerana gigi tu tersekat di dalam rahang atau memang benih gigi tu tak ada. Lagi satu, kita punya "labial frenum" ni ke bawah sangat sampai ada di celah celah antara 2 gigi kapak atas. Nii antara 3 sebab yang selalunya menyebabkan gigi jarang. . Jadi, apa lagi pilihan rawatan untuk selesaikan masalah gigi jarang ni selain braces? . Ok, pernah dengar tentang VENEER? Jadi, salah satu pilihan rawatan untuk buatkan gigi kelihatan

REKOD PERGIGIAN UNTUK MENGENALPASTI MAYAT.

Image
TAHUKAH ANDA BAHAWA REKOD PERGIGIAN BOLEH MENGESAHKAN IDENTITI SI MATI? . Ini berdasarkan kes kebakaran tahfiz semalam, seperti yang kita tahu, semua mangsa yang terbakar sukar untuk di kenal pasti. Jadi perlu bukti forensik untuk tentukan identiti mayat. . Ada 3 jenis bukti forensik yang Dr Q ingat masa belajar dulu. . 1) DNA. Setiap dari kita ada DNA yang tersendiri, selalunya DNA anak, akan mempunyai persamaan sehingga 99% kalau tak silap Dr Q dengan DNA ibu dan ayah. Sebab tu selalu kita tengok drama yang pasal nak tentukan anak siapa tu buat ujian DNA. . 2) CAP JARI. Seperti yang kita tahu, jap jari setiap orang adalah lain lain. Jadi jika kita ada rekod jap jari sudah tentu mudah untuk kenal pasti. . 3) REKOD PERGIGIAN. Satu xray kecil pun sudah mencukupi untuk mengenalpasti gigi identiti mayat. Selalunya rekod pergigian diperlukan jika DNA dan CAP JARI tidak dapat diperoleh daripada mayat. Ini sebab, gigi tidak akan cair oleh api. Jadi gigi

AWAS!!! JIKA ANDA ADA GIGI BERLUBANG KERANA IA BOLEH MENGANCAM NYAWA.

Image
Siapa pernah ada gigi berlubang? Angkat tangan sikit.  🖐🏻 . Masalah gigi berlubang adalah masalah yang biasa didapati di dalam dunia ni. Hampir setiap orang yang kita jumpa pernah ada masalah gigi berlubang. Jika dikesan awal, boleh lagi diselamatkan dengan ditampal. Tapi jika dibiarkan tidak dirawat. Komplikasi paling teruk ialah kehilangan nyawa. Bahaya kan? . Sebab hari ni Dr Q rujuk kes muka bengkak sampai ke mata ke pakar bedah mulut disebabkan jangkitan dari gigi yang rosak, jadi rasa nak kongsi tentang bahana gigi berlubang. . Siapa yang ada inisiatif awal untuk tampal gigi jika ada masalah gigi berlubang? . Jika anda orangnya, SYABAS Dr Q ucapkan! . Ok, ini adalah fasa-fasa komplikasi akibat gigi berlubang. . FASA PERTAMA Ini jika gigi berlubang kecil tidak sampai ke bahagian saluran akar. Anda akan rasa sensitif lebih lebih lagi bila minum air sejuk. Jika begini boleh sahaja tampal biasa. (Gambar pertama) . FASA KEDUA

"DR, SEMUA GUSI SAYA SAKIT SANGAT SAMPAI NAK MAKAN PUN TAK LALU. SAYA MAKAN UBAT TAHAN SAKIT PUN TAK KEBAH JUGA SAKITNYA."

Image
OK, ini soalan pertama yang Dr Q akan tanya bila pesakit tanya seperti soalan di atas sebab Dr Q dah dapat agak apa masalah yang pesakit ini hadapi. Macam ahli nujum pula. Hahaha. . "BILA LAST BUAT CUCI GIGI?" . "LAMA DAH TAK BUAT DR, DAH BERTAHUN-TAHUN TAK BUAT" . Bila diperiksa, betul sangkaan Dr Q. Pesakit ini mengalami masalah gusi. Kadang-kadang Dr Q sendiri rasa kasihan bila berada dalam situasi terpaksa mencabut gigi yang masih elok tapi sudah bergoyang seperti lalang ditiup angin. Sebab jika gigi sudah bergoyang tahap serius, memang terpaksa dicabut. Tidak boleh diselamatkan lagi. Ok, ini adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah gusi; . 1) gusi berdarah apabila memberus gigi. Gusi berdarah ni adalah tanda paling awal anda menghadapi masalah gusi. Gusi akan mudah berdarah disebabkan kawasan leher gigi tidak dibersihkan dengan betul. Oleh itu plak terkumpul. Plak yang terkumpul ini jika tidak dibuang akan mengeras dan

CAJ RAWATAN PERGIGIAN

Image
Ramai yang bertanya berkenaan kos rawatan di kerajaan dan swasta. . Gambar pertama - kos pergigian di klinik kerajaan (rawatan asas) . Gambar kedua - anggaran kos pergigian di klinik swasta (bergantung pada klinik) . update: untuk gigi palsu di klinik kerajaan, ada sedikit perubahan. Tapi beza harga tidaklah terlalu tinggi.